i.
cuma satu hari.
aku mahu kau luang masa bersama aku.
seperti dulu.
aku rindu momen itu.
tika susah.
tika senang.
kau ada.
ii.
cuma satu malam.
aku mahu dakap kamu sampai pagi.
mahu langsai hutang rindu yang ku pendam ini.
sakitnya aku.
dibelasah oleh rindu.
rindukan kamu yang tidak sudi.
iii.
sekarang.
kau sudah tiada disisi aku lagi.
aku masih tidak mengerti.
mengapa kau pergi.
tinggal aku sendiri.
dengan cara begini.
No comments:
Post a Comment
kalau sudi silalah comment