tika aku melihat mereka. gadis-gadis jelita yang sedang mengerumuni kamu. aku sedar yang aku ini tidak setanding mereka. dan aku rasa aku ini bagaikan langit dengan bumi dengan mereka. itu yang aku rasa. lalu aku batalkan niat untuk mendekati kamu si jejaka yang punya segalanya. kamu punya rupa paras yang mahu dilihat lebih dari satu kali,kamu punya fikiran yang bijak dan lain-lain. ah tidak larat aku mahu tulis disini apa yang kamu ada.
aku tidak mahu membuang masa. aku bergegas ke counter pembayaran mahu membayar minuman yang telah selamat ku telan tadi. membawa diri yang terasa tidak perlu berada disini. ah untuk apa aku disini. untuk berangan lagi seperti yang aku lakukan sebelum ini. lagipun aku yakin si jejaka itu tidak mengenali aku lagi mahupun mengenali aku. ya, sebelum ini kami pernah kenal dan sangat rapat. hingga suatu hari dia menyepi meninggalkan aku sendiri tanpa kata-kata selamat tinggal. ah biadab sungguh. ha ha ha.
aku masuk kedalam kedai buku MPH. Mencari buku-buku yang bisa aku baca untuk mengisi waktu daripada aku terus berangan dan mengharapkan peluang kedua yang mustahil itu. aku gelak sendiri. dalam hati. sudah-sudahlah kau diri oi. aku mengambil buku "Why Men Love Bitches" membelek-belek helaian demi helaian buku itu. ah tekak ini meminta untuk menelan chocolate latte pula. aku mengambil buku "Why Men Love Bitches" dan beberapa buku yang lain lalu terus ke kaunter pembayaran. adik manis bertudung merah yang menjaga kaunter itu memberi aku sehelai nota yang berisi.
"meja no.5 di J.CO "
-siapa bagi ni?
-lelaki yang saya rasa tak rugi kalau akak jumpa
-nama?
-tak tahu pulak saya nama dia.maklumlah leka dengan kemanisan dia kak.
-amboi.gatal.
-dengan dia semua perempuan gatal kak.
-ada saja awak ni.
aku berlalu.pergi ke j.co dengan penuh tanda tanya. tidak mengapa kalau si pengirim itu tiada pun aku tak heran. boleh minum sekali. sampai sahaja disana. pertama sekali haruslah aku memesan minuman chocolate latte itu. kemudian aku mencari meja no.5. kelihatan ada seorang lelaki berbaju polo 1 berwarna royal green.
-BERUANG
ah itu nama panggilan sementara aku dulu. aku menoleh kiri kanan. celaka. siapa pula yang memanggil aku begitu.
lagi sekali.
-BERUANGGG
aku pergi ke meja no.5 itu .terkejut,terkedu dan sewaktu dengannya.
-Hai Beruang.You look so different now i didn't even recognize you tahu tak.
Aku masih terdiam
-how's your life now?
-my life been full of happiness and sadness and an up and down.
-and how's your LOVE life nowadays.
-i never had a love life and probably never will. KOT
dia memandang aku lama.
-tak sangka you masih kenal i.
-i pun tak sangka yang i kenal you lagi.
Shit. perangai annoying dia masih belum pupus. Dan kami berbual sampai kedai nak tutup. Saling menganjing. Macam dulu. Sungguh aku rindu lelaki ini. Lelaki yang bisa buat aku gila kerna kegilaannya. Lelaki yang bisa buat aku jahat kerna kenjengkelan dia. Lelaki yang bisa... ahhh aku rindu kau dan mahu peluk kau sampai pagiii. Ah nampak? Ada saja azazil yang menghasut aku untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Aku terfikir, apa ini peluang kedua yang harus aku guna sebaiknya?Hmm.
No comments:
Post a Comment
kalau sudi silalah comment