sampai bila kau mahu aku berada disini.
menunggu kau yang akan datang dan pergi.
bila ada dia.
kau tinggal aku.
bila dia pergi.
kau kembali untuk mendapatkan aku lagi.
tak faham aku.
aku mahu tanya.
siapalah aku pada kau?
teman hati?
teman bermain?
teman sekatil?
teman apa?
atau hanya orang simpanan yang kau akan keluar bila rasa perlu?
mungkin itu aku untuk orang seperti kau.
pernah kau ada untuk bersama aku?
bila aku memerlukan.
aku mahu luahkan segala rasa sakit dan rasa hati
yang ku tahan sendiri selama ini.
bila kau mahu aku.
aku sentiasa ada.
aku pinjamkan bahu.
untuk menapung bebanan kau dikepala.
bila kau mahu menyatakan sesuatu pada aku.
aku setia mendengar.
walaupun yang keluar.
hanya lawak bodoh yang bikin aku ketawa palsu.
maafkan aku tentang hal itu.
aku mahu kau berasa senang.
senang bila bersama aku.
tapi,senangkah kau bila bersama aku?
itu aku mahu tahu.
No comments:
Post a Comment
kalau sudi silalah comment