Sudah 180 minit aku duduk disini keseorangan menunggu dia yang tak datang. Geram! Dua jenis cake,satu jenis spaghetti dan dua jenis minuman dah selamat mendarat dalam perut aku. Ergh kenyang. Macam mana nak jalan. Itu masalahnya. Ah baik aku pulang, akak-akak pelayan disini pun dah pelik melihat aku. Aku masukkan barang-barang yang aku keluarkan tadi. Ipad dan buku. Itu je.
Aku bangun dari kerusi.
Dia datang.
"Sorry-sorry lambat"
"Naik lori. I nak balik. Bye"
"Eh nantilah dulu. I baru sampai ni"
"I dah lama sampai. I nak balik"
"Janganlah balik lagi. I ada hal tadi. Urgent!"
"I pun ada hal sekarang. Urgent!"
"You marah eh?"
"Eh taklah. I nak balik"
"Janganlah"
"Nak balikkkk"
"Janganlahhhh"
Orang ramai dah tengok kami dengan pandangan yang aneh.
"Nak balikk"
"Alaa pleasee"
"Pleasee i nak balik"
"Please please please janganlah balik,tadi datang lambat bukan sebab curang"
Dia berkata sambil ikut rentak melodi lagu Aliff Satar - Jangan nakal.
"Ah apa i kisah"
"I belanja you makan"
"Tu nampak tu. I dah kenyang"
Dia tengok meja yang aku duduk tu dengan wajah yang terkejut.
"I lapar"
"Tu you punya pasal lah!"
"Kita tengok wayang?"
"Tak nak. Bosan.Huarghhh mengantuk!"
"You nak hadiah?"
"I tak makan rasuah"
"Nak aiskrim?"
"Taknak. Nanti cair"
"Tell me what you want."
"I nak balik"
"Tadi i ada hal lah."
"Rightt"
"Mama i kirim. Ada tetamu malam ni."
"Righttt Zikri. I percaya. Now i nak balik"
"Janganlah. Kalau tak i cium you"
"Gila. Dah ah i nak balik.Bye"
Aku pergi meninggalkan dia.
Handphone aku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk.
Daripada Zikri lah. Ish mahu apa lagi dia ni. Dah lah datang lambat.
Malam ni jangan lupa.Mama suruh datang rumah.
Kalau bukan disebabkan mama dia yang jemput aku datang ke rumahnya. Tak mahunya aku pergi. Ei!
***
*Malam tu*
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam..Eh Hana,masuklah Zikri ada dekat atas.Mama ada dekat dapur."
Itu kakak Zikri yang jawab salam.
"Akak sihat?"
"Sihat.Alhamdulillah.Hana sihat?Makin cantik adik akak sekarang"
Aku senyum je lah.Pergi dapur. Salam dengan mama dia. Tolong-tolong mama dia,berbual dengan mama and kakak dia.Mana tetamu tu?
Kami pun makan malam bersama.Aku masih hairan mana tetamu?
Selepas makan malam.Kami duduk berbual di ruang tamu.
Mama Zikri tanya aku.
"Jadi bila mama boleh pergi rumah Hana?"
"Bila-bila pun boleh mama.Hehehe"
Kami sambung berbual.Aku dah tak tahan dengan curiousity aku terhadap tetamu yang tak muncul-muncul tu.Jadi aku tanyalah.
"Emm mama. Mana tetamu?Tak datang pun?"
"Hah?Tetamu apa ni sayang?Hanalah tetamu special malam ni."
"Hah saya?Tetamu special?"
"Yelah kenapa?Zikri tak bagitahu kamu ke?"
Aku dah pandang Zikri dengan penuh tanda tanya.Lepastu mama dia cakap.
"Hana kan bakal menantu dalam rumah ni.That's why mama jemput Hana datang dinner malam ni.Zikri tak bagitahu?"
"Hah?!!Bagitahu apa?"
"Dia nak jadikan kamu isteri dia."
"Hah?!! Takde pun."
Lalu Zikri mencelah.
"Okay-okay. Tadi i datang lambat sebab i pergi beli cincin.Sebab tu i lambat.Ingat nak melamar you tadi.Tapi you tinggalkan i macamtu je."
Aku diam.
"Jadi you terima tak?"
Aku diam.
Kakak Zikri pun mencelah.
"Zikri cubalah elok-elok sikit."
"Fine."
Zikri melutut depan aku dan memegang cincin.
"You nak jadi isteri i?"
Aku pengsan.
No comments:
Post a Comment
kalau sudi silalah comment