Saturday, August 10, 2013

Dia dan lelaki itu.

Dia duduk di sebuah cafe. Di tempat yang paling hujung. Sambil memandang seorang lelaki yang sedang melepak dengan seorang kawan. Lelaki yang dia tunggu. Yang dia suka. Yang dia rindu. Yang dia cinta. Tapi lelaki itu tidak mengenali dia . Sedih.

"Bro aku kena gerak dulu. Awek aku call." kata kawan kepada lelaki tu

"Okay.Aku pun kejap lagi dah nak gerak." lelaki tu balas.

Dia yang sedang memerhati sambil menahan rasa cemburu. Ya cemburu bila dia teringatkan pertemuan lelaki itu dengan seorang gadis manis di bandar semalam. Mesra sekali!

Dia bangun dan menuju ke arah lelaki itu.Rasa sebak didada,dia saja yang tahu.

"Jangan sakiti saya lagi"

Lelaki itu kaget dan berasa hairan.

"Tapi apa salah saya? Awak siapa?"

Tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu. Dia lari dan dalam masa yang sama ada air jernih mengalir dipipi.

"Eh"

Lelaki itu menjerit dan cuba mengejar dia.
Dia yang ada disebalik dinding itu menyeka air mata.
Lelaki itu cuba mencari kelibat gadis yang aneh itu.
Dia cuba mengintai lelaki itu.Lelaki itu nampak dan dia terus lari. Nasib tidak menyebelahi dia, dia terjatuh. Lelaki itu mendekati dia dan tanya.

"Awak okay?"

Dia diam.

"Eh okay?"

Dia cuba melarikan diri tapi kudratnya untuk berdiri tidak cukup. Lelaki itu memegang pergelangan tangan dia dan menatap wajah dia dengan renungan yang tajam. Lelaki itu tanya.

"Siapa awak? Awak kenal saya?"

Dia tidak mampu menahan rasa lagi. Dia mengangguk.

"Kenapa awak cakap macam tu tadi?"
             
Dia diam.

"Saya tanya ni.Kenapa awak cakap macam tu?"

Dia memandang lelaki itu. Lelaki itu masih menanti jawapan daripada dia.

"Awak selalu sakitkan hati saya."

"Hah? Tapi awak siapa? Saya tak kenal pun"

"Saya suka awak."

Lelaki itu terkejut. Terkejut dengar luahan hati dia. Dia sambung lagi sambil menahan sebak.

"Saya tahu awak mesti hairan,pelik,terkejut. Saya pernah jadi junior awak. Selalu perhatikan awak daripada jauh. Saya pun pelik kenapa saya jatuh cinta dengan lelaki yang tak pernah mengenali saya. Saya pun tak faham. Tapi saya tak dapat tipu diri saya tentang perasaan ni. Terlalu lama saya pendam tanpa awak tahu. Terlalu lama."

Dia kuatkan diri,untuk berdiri.Berlalu pergi meninggalkan lelaki itu sendiri.Sambil menangis. Dalam waktu yang sama. Dia lega. Dia bermonolog dalam hati.

"Sekurang-kurangnya dia sudah tahu."

Dia pergi berjalan terjengket-jengket akibat jatuh tadi. Manakala lelaki itu masih dalam keadaan yang sama. Terkejut.

*********

(Sebulan kemudian)

Lelaki itu masih memikirkan dia. Sudah sebulan berlalu. Tetapi wajah dia masih belum hilang dari fikiran lelaki itu. Lelaki itu nekad.

"AKU MAHU CARI GADIS ITU.SIAPA DIA?AKU MAHU TAHU.YA!AKU HARUS CARI DIA!"

Adakah lelaki itu juga sudah jatuh cinta dengan dia?

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

kalau sudi silalah comment