Aku tinggal di Flat PJ Presint 9. Tingkat 5. Setiap pagi aku akan naik lif. Dan setiap pagi aku akan berjumpa dengan seorang lelaki ni. Aku gelar dia sebagai lelaki lif. Bukan kerana dia bekerja di lif ini. Tetapi kerana aku sering berjumpa dia di dalam lif ini. Aku juga tidak pernah tahu dan tidak pernah bertanya nama dia. Dia tinggal di tingkat 5 juga.
Mulanya aku mengenali lelaki lif itu begini.
Ada satu pagi.Aku memegang plastik hitam yang berisi sampah. Aku sedang menunggu lif. Lalu ada satu bau yang menusuk hidungku. Hmm wangi. Eh takkanlah sampah wangi. Aku lihat sebelah. Ada sekujur tubuh sasa yang tinggi lampai. Berkemeja biru muda. Memegang jacket dan briefcase. Wajahnya bagaimana? Ah tidak mahu aku mengulas bagaimana rupanya. Nanti kalian jatuh cinta sama dia. Bagaimana dengan aku? Ha Ha Ha. Cukuplah aku beritahu, yang lelaki lif ini tidak muak jika dilihat banyak kali. Aku yakin kemana saja dia pergi. Pasti makcik-makcik,gadis-gadis dan akak-akak akan berpaling dua atau tiga kali. Semata-mata mahu menatap wajahnya. Dan keadaan aku sekarang. Hanya mahu menatap wajahnya. SAHAJA. Lalu mata kami bertembung. Terus aku memalingkan wajah aku ke arah lain hanya untuk menutup rasa gugup. Dan memandang dia semula dengan wajah tenang. Lelaki lif itu menghadiahkan senyuman kacak dia kepada aku dan dia terus pergi ke lif di sebelah belakangku. Lif di tempat dia menunggu sudah terbuka.Lif yang aku tunggu masih belum terbuka. Argh!
"Miss!"
Aku berpaling ke arah suara itu. Suara lelaki lif itu. Hehehe. Dia memanggil aku untuk naik lif yang sama dengan dia. Aku terus masuk ke dalam lif itu bersama lelaki lif itu.....
Ya begitulah cerita aku mengenali lelaki lif itu.
No comments:
Post a Comment
kalau sudi silalah comment