Di antara kalangan rakan-rakanku. Aku yang masih belum berpunya.
Ya ramai yang belum berkahwin. Tapi ramai yang sudah berpunya. Di kalangan rakan-rakanku kebanyakannya sudah bertunang dan mempunyai kekasih. Manakala aku masih dengan kehidupan aku sendiri. Tiada peneman di hati ini. Atau hati aku masih kosong dan masih belum bisa menerima kehadiran orang lain? Mungkin.
Kenapa tidak bisa? Adakah aku masih berharap dengan orang yang pernah menetap dihati aku dulu? Ramai yang bertanya. Jika aku diberi pilihan. Adakah aku akan terus menerima orang yang menyukai aku atau aku masih mahu berharap dengan orang yang menetap dihati aku.
Entah. Aku tiada jawapan untuk semua itu. Jika ada. Aku hanya mampu jawab didalam hati. Tidak mampu dimulut.
Jawapan hati aku untuk soalan pertama. Tidak akan terus menerima. Dan jawapan soalan yang kedua. Ikutkan hati masih lagi mahu berharap. Tapi fikirkan diri, aku sudah muak dengan rasa yang pernah ku alami dulu tika aku masih mabuk dengan cinta yang belum tahu kesudahannya. Ha ha. Soalan yang hatiku jawab itu. Masih belum yakin. Kerna aku masih mencari-cari.
Kembali kepada realiti.
Jika soalan itu diajukan kepadaku lagi. Biasanya aku hanya diam. Kerna aku sudah bilang tadi bukan. Aku belum yakin dengan jawapan.Aku masih mencari dan belum ada jawapan yang jelas. Aku hanya mampu menjawab dengan senyuman nipis sebagai ganti.
Maaf.
No comments:
Post a Comment
kalau sudi silalah comment