Dan seperti biasa juga aku suka memerhatikan seorang lelaki ni. Yang boleh dikatakan tepat pukul 4.30 petang akan berada di cafe itu juga.Ya dia menarik perhatian aku. Tak tahu mengapa. Air mukanya tenang dan innocent. Berkumis nipis,berhidung mancung,rambut dia tebal tapi kemas. Berkulit kuning langsat. Ah tak mahu aku beritahu lebih-lebih nanti kamu semua suka dia. Terlepas aku. All in all. Aku boleh puji dia satu. COMEL.
Aku pergi ke Cafe Licious hanya semata-mata untuk minum teh tarik dan semestinya untuk melihat dia. Si lelaki comel itu.
Pelik.
Sudah dua hari dia tidak muncul di cafe tu.Aku hairan.Aku pelik.Aku resah.Aku gelisah.Aku pulang dengan muka yang masam.Mungkin kerana mata tidak dapat menjamu selera. Ah zina!zina! Astaghfirullahaladzim.
Aku datang lagi ke cafe itu. Hanya untuk minum. Bukan untuk menunggu,memerhati lagi.Bosan aku. Aku ambil ipad.Aku bukak twitter. Aku scroll timeline. Saat aku leka scroll timeline. Kerusi di hadapanku ditarik oleh seseorang.Aku mendongak ke arah kerusi itu.Terkejut beruk aku dibuatnya.Ah sudah!Ada sekujur tubuh sedang duduk di kerusi itu.Sedang tersenyum manis.Ya lelaki comel itu.
"Hai"
"Err..Hai"
"Lama tunggu?"
"Hah?"
"Lama tak jumpa."
"Ohh. Ha ah.Lama tak nampak.Mana pergi?"
"Outstation."
"Oh.."
"Selalu jugak i nampak you dekat cafe ni minum teh tarik"
"I pun selalu nampak you dekat sini minum macam-macam"
Dia gelak.Aku pelik.Aku tak melawak rasanya tadi.
"You selalu tengok i"
"Hah?!Perasan!"
"Memanglah.I perasan yang you selalu tengok i"
Aku diam.
"Kan?"
"Mana adalah.Ish!Tolonglah"
"Tolong apa?"
Aku diam.
"So kenapa you selalu perhatikan I?"
"Bila i perhatikan you?"
"Setiap kali i datang sini."
Aku diam.
"Nevermind.Lain kali you bagitahu i ya?"
"Lain kali?"
"Yup."
Dia hulurkan tisu yang tertulis digit-digit untuk menghubungi dia.
"Sorry?"
"I nak kenal you"
"Nak kenal i?"
"Kan i dah cakap tadi nak kenal you."
"But why?"
"Sebab i nak tahu kenapa you selalu tengok i."
"Sebab tu je?"
"And nak jadi kawan you."
"Erh okay then."
Dia tambah lagi.
"Anddd kalau ada peluang i nak ngorat you"
Jantung aku berdegup laju.Entah benar atau tidak apa yang aku dengar tadi.Aku diam.
"Jadi next time you tak payah lah nak perhatikan i lagi.I rasa takut.Sebab ada seorang gadis yang memerhati i macam i ada buat silap.Puas i fikir i ada buat salah ke dengan sorang gadis ni.Last-last i buat keputusan nak tanya dia sendiri.Tapi bila i tanya dia diam.She's so stubborn."
Ternganga aku seketika.
Dia tambah lagi.
"Esok you datang cafe ni.Tolong copkan tempat i disebelah atau berhadapan you ya.Satu table,kita berdua.Boleh?"
"Err.Boleh"
"So...I Hakim.You?"
"I Melisa"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maka bermulalah...Sesi perkenalan.Aku dan dia di Cafe Licious.
No comments:
Post a Comment
kalau sudi silalah comment