Setiap petang aku akan ke art park. Di mana tempat yang ada
orang bermain muzik dan melukis. Aku sukakan tempat itu. Ada sekumpulan lelaki
yang akan bermain muzik disitu. Aku seringkali melihat dia. Dia seorang pemetik
gitar didalam kumpulan itu. Aku suka melihat caranya . Bersahaja.
Ada sekali. Aku leka melihat dia
bermain gitar. Tapi aku tertangkap. Ditangkap olehnya yang aku sedang melihat
dia. Apa lagi. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan dan berpura-pura bercakap
telefon. Hakikatnya aku malu.
***
Aku pergi melihat
pameran lukisan disebuah studio.
“Hoi” .
Aku terasa bagaikan ada yang memanggilku. Jadi aku mencari
suara itu. Ya lelaki yang bermain gitar di art park. Aku Tanya.
“saya ke?”
Dia angguk dan cakap
“kau selalu datang sini?”
“tak selalu. Ada masa baru datang”
“nama kau siapa?”
“hah? Saya Suzanna.Awak?”
“Aku Rafiq. Jom makan.”
Dia menarik hujung
tudungku
Kami pergi ke restoran mamak yang berdekatan dengan studio
tadi.
“Macha kasi nasi kandar kuah lebih ayam goreng, teh ais
wonee”
“sama,Cuma air limau ais.”
“kau suka makan dekat mamak?”
“suka.”
“aku selalu tengok kau dekat art park.kau suka pandang aku
main gitar.kau suka aku ya?”
Aku terkejut.aku diam.
“kan?”
“mana ada saya suka awak.”
“ habistu kenapa kau selalu tengok aku?”
“sebab saya suka tengok awak main gitar.”
“esok kau datang art park.”
“kenapa?”
“datang sajalah.”
Keesokan hari*
“Suzanna!”
Rafiq menjerit2 namaku.
Aku pergi mendekati kumpulan muzik dia.
“Kau dengar ni”
Dia mainkan lagu yang agak cheesy. Seronok didengar. Aku
suka.
“jadi macam mana?”
“best!”
**
Selepas haritu aku dan rafiq sering keluar bersama. Dia ni
jenis gila-gila juga orangnya. Boleh masuk dengan aku.
**
*setahun berlalu*
“Suzanna”
“Ya”
“Aku mahu berkahwin nanti”
Senyumanku mati.
“Dengan siapa?”
“Gadis pilihan ibuku”
“oh tahniah.”
Itu sahaja yang mampu ku ungkap.
“ tahniah je. Kau tak sedih?”
“hahahahaha kenapa saya kena sedih?”
Dia hanya tersengih.
“jadi bila majlisnya?”
“sebulan dari sekarang.kau datang ya?”
“mesti saya datang.”
Kami diam.
“awak sukakan gadis itu?dah pernah jumpa?”
“dah.dia cantik dan berbudi bahasa.”
“awak sukakan dia?”
“suka”
Aku hanya diam.diam dan diam.
“jom balik.”
Dia bersuara.
**
Dalam tempoh sebulan aku dan rafiq tidak berhubung. Ya
mungkin dia sibuk dengan persiapan perkahwinannya.
**
(hari perkahwinan rafiq.)
Aku pergi ke rumah rafiq. Setengah jam lagi rafiq akan
menikah. Aku hanya mahu berjumpa rafiq dan mahu pulang.
“Rafiq”
“Eh suzanna! Aku ingat kau tak datang”
“Mestilah datang. Dah dijemput.”
“tahniah rafiq. Semoga berbahagia”
“terima kasih”
“saya balik dulu.”
“taknak tengok aku nikah ke?”
“saya ada hal.”
“tunggu”
“apa?”
“aku rindu kau.”
Dia berbisik.
“apalah awak ni. Saya balik dulu. Bye”
“okay take care!”
Aku hanya senyum.
**
Aku memandu sambil menangis. Kenapa baru hari ini? Kenapa
baru hari ini. Kenapa aku baru sedar. Yang aku sudah jatuh cinta. Dengan lelaki
yang akan menjadi suami orang setengah jam lagi?
**
Aku menuju ke art park.
“dia dah jadi suami orang….”
Itu monolog aku dalam hati.
Ah biarlah hati. Dah itu jodoh dia. Takkanlah kau nak menghalang.
Rasa ini boleh dibuang. Jodoh orang jangan kau halang.
“Suzanna!”
Aku melihat ke belakang.
“Rafiq!”
“Apa awak buat kat sini? Majlis awak macam mana? Pergi
baliklah.”
“Aku nak cakap sesuatu ni?”
“Cakap lain kalilah. Pergi balik sana, harini kan awak
menikah. Sedar ke tidak?”
“Aku taknak balik. Aku nak cakap dulu”
“ya cakaplah. Apa?
“aku…”
“apa?”
“akuu”
“aku cinta kau. Bukan dia.”
“hei apa awak mengarut ni. Awak kan suka dekat dia. Pergi
baliklah!”
“memang aku suka dekat dia. Cuma suka. Bukan cinta. Aku
cinta kau”
Aku diam.
“suzanna”
“tapi awak dah jadi suami orang.”
“siapa kata?”
Aku diam.
“aku batalkan nikah tu.aku baru sedar tentang apa yang aku
rasa ni.”
“Rafiq!!! Habistu how’s that girl. Dia mesti sedih. Kejam
lah awak ni!” aku pukul bahu dia.
“don’t worry dia dah ada pengganti. Lelaki yang dia suka
yang dia sayang ada sekali tadi. Sanggup ganti tempat aku. And bekas bakal bini
aku pun suka dengan keputusan aku ni.”
“oh.”
“jadi kau pulak macam mana”
“macam mana apa?”
“ada persamaan tak rasa tu?”
“ada”
“jadi kau pun ehem aku lah?”
Aku angguk dan berpaling ke arah lain
“kau tak cakap pun.tengok aku pun tak”
Ah sejak bila rafiq jadi manja ni.
“Suzannaaaa”
“Ya ya saya pun cintakan awak”
Dia senyum. Aku malu.
Kami berjalan menuju kearah kereta. Sambil berjalan dia
tanya.
“aku nak tanya.”
“apa?”
“asal mata kau bengkak?sedih sebab aku nak nikahkan?”
Dia dah sengih macam kerang busuk!
“mana ada. Saya tak tidur semalam. Banyak kerja!”
“eleh ye lah tu.habistu kenapa sampai mata merah?”
“sakit mata!”
Dia ketawa dan dalam waktu yang sama aku menyorok senyuman
ni.
Ah bahagia~
No comments:
Post a Comment
kalau sudi silalah comment