Sunday, August 11, 2013

Ada gerhanakah?

Mataku masih disitu.
Tidak berganjak. 
Memandang kamu dan dia. 
Tersenyum-senyum,tertunduk malu,bergelak ketawa,duduk rapat-rapat. 
Walaupun kau tahu disebelah itu ada tong sampah hitam. 
Ah aku cemburu.

Keesokan hari ditempat yang sama.Pada puku 4 petang. Seperti biasa kau dan dia disitu.Berborak-borak,senyum-senyum dan sebagainya. Aku dan kawan-kawan aku tidak duduk jauh daripada tempatmu. Selangkah dua sampailah ditempat yang kau duduk. Aku berlagak biasa. Buat bodoh. Seperti tiada apa yang berlaku. Memandang ke arah lain. Seolah-olah aku tidak menghiraukan apa yang berlaku didepan ku.

Tapi dalam hati aku sorang saja yang tahu. Aku rasa mahu bunuh. Tapi aku sedar aku siapa. Aku belum gila. Aku tertanya-tanya. Itu kekasih kau kah? Walaupun aku tahu dia bukan siapa-siapa dengan kau,hanya teman biasa.Teman sekuliah.

Ada suatu hari,aku sedang berehat sambil berbual. Kau juga sedang berehat disitu. Kau tidur. Kawan aku pulang.Meninggalku keseorangan. Hanya aku,kau dan seorang lelaki disitu. Ya aku sorang saja perempuan ketika itu. Gadis yang setiap petang berbual denganmu juga ada dibangunan itu cuma berlain tingkat. Gadis itu turun tangga.Aku yang sedang mengemas barang-barangku menjeling ke arah gadis itu. Ya kelihatan gadis itu seperti mencari sesuatu. Dia cari kau. Gadis itu menjengah sedikit kepalanya ditempat rehat itu. Gadis itu melihat kau tidur,dia berlalu pergi.Hampa lah tu.Kah kah kah. Aku gelak jahat sedikit. Lalu ada lagi sekumpulan lelaki masuk. Mungkin mahu berehat. Aku juga pergi meninggalkan tempat itu.Mahu pulang. Ikutkan hati aku mahu duduk disitu melihat wajah tidurmu.

Beberapa hari kemudian.

Seperti biasa,mata aku akan memandang kau dan dia.Berbual.Aku dah agak. Aku malas ambil tahu lagi. Jadi aku berbual dengan kawanku.Lagi baik.

Tiba-tiba kau datang menyergah aku dan temanku dari belakang. Jilaka!Aku menumbuk dinding.Aku terkejut! Kau hanya ketawa biasa. 

Lalu duduk bersama aku dan kawanku. Berbual-bual.Sehingga petang.

Aku hairan.

ADA GERHANAKAH?




No comments:

Post a Comment

kalau sudi silalah comment